Tuesday, April 27, 2010

PROGRAM BELIA CINTA MASJID




Seramai 20 orang pelajar Sek Men Islam Madinatul Ilmi telah menyertai Program Belia Cinta Masjid anjuran Jawatankuasa Masjid Mukim Permatang Rambai, Pasir Puteh baru-baru ini. Program 1 hari 1 malam berkenaan berlangsung di masjid tersebut dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari ADUN Limbungan, YB Drs. Zainuddin Awang Hamat.

Sebanyak 3 buah sekolah telah terpilih menyertai program tersebut yang melibatkan penyertaan 80 orang pelajar dari SMU(A) Diniah, Permatang Rambai, SMU(A) Khairiah, Pdg Pak Amat dan Sek Men Islam Madinatul Ilmi, Kg Wakaf. Tentatif program sebagaimana berikut :-

Khamis - 22 Apr 2010

- Pendaftaran peserta, suaikenal
- Solat Asar berjemaah
- Tazkirah ringkas oleh :- Al Fadhil Ust Nazri Mohd Nor
- Majlis perasmian program oleh :- ADUN Limbungan
- khidmat diri, makan malam
- solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin & tahlil
- Solat isya' berjemaah
- Ceramah motivasi :- Cikgu Che Hasan dari Sek Men Dato' Ismail
- Rehat, iktikaf (tidur di masjid)

Jumaat - 23 Apr 2010

- Qiamullail, solat hajat, tahajjud
- Solat Subuh berjemaah, wirid
- Kuliah subuh
- makan pagi
- kelas aerobik
- gotong royong bersih masjid
- rehat
- solat jumaat
- ceramah AADK cawangan Pasir Puteh
- majlis bersurai






No comments:

Post a Comment