Tuesday, April 27, 2010

PROGRAM BELIA CINTA MASJID




Seramai 20 orang pelajar Sek Men Islam Madinatul Ilmi telah menyertai Program Belia Cinta Masjid anjuran Jawatankuasa Masjid Mukim Permatang Rambai, Pasir Puteh baru-baru ini. Program 1 hari 1 malam berkenaan berlangsung di masjid tersebut dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari ADUN Limbungan, YB Drs. Zainuddin Awang Hamat.

Sebanyak 3 buah sekolah telah terpilih menyertai program tersebut yang melibatkan penyertaan 80 orang pelajar dari SMU(A) Diniah, Permatang Rambai, SMU(A) Khairiah, Pdg Pak Amat dan Sek Men Islam Madinatul Ilmi, Kg Wakaf. Tentatif program sebagaimana berikut :-

Khamis - 22 Apr 2010

- Pendaftaran peserta, suaikenal
- Solat Asar berjemaah
- Tazkirah ringkas oleh :- Al Fadhil Ust Nazri Mohd Nor
- Majlis perasmian program oleh :- ADUN Limbungan
- khidmat diri, makan malam
- solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin & tahlil
- Solat isya' berjemaah
- Ceramah motivasi :- Cikgu Che Hasan dari Sek Men Dato' Ismail
- Rehat, iktikaf (tidur di masjid)

Jumaat - 23 Apr 2010

- Qiamullail, solat hajat, tahajjud
- Solat Subuh berjemaah, wirid
- Kuliah subuh
- makan pagi
- kelas aerobik
- gotong royong bersih masjid
- rehat
- solat jumaat
- ceramah AADK cawangan Pasir Puteh
- majlis bersurai






Monday, April 26, 2010

CERAMAH TITIAN UKHUWAH

14 April 2010
Surau Ar Rahmaniah, Kg Wakaf

Program Ceramah Titian Ukhuwah oleh Dato' Dr Johari Mat, Ketua Eksekutif KIAS telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Ceramah bermula selepas solat maghrib dan berakhir jam 9.30 malam. Sambutan dari masyarakat setempat amatlah menggalakkan.

sebahagian pelajar Madinatul Ilmi tekun mendengar ceramah yang disampaikan.


Sumbangan kepada mangsa kebakaran (rujuk posting sebelum ini) telah di sampaikan kepada wakil keluarga mangsa.

KEBAKARAN


Selasa, 13 Apr 2010 - Salah sebuah rumah orang kampung yang berhampiran dengan sekolah telah hangus di jilat api. Kejadian berlaku pukul 1.30 pagi. Hasil siasatan polis didapati ianya merupakan perbuatan khianat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Salam takziah untuk keluarga tersebut.

Ust Raja Zakaria melawat tempat kejadian.

Sunday, April 18, 2010

CERAMAH & PAMERAN AADK


AHAD
18 APRIL 2010

Satu ceramah dan pameran dari Agensi Anti Dadah telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Seramai 7 orang kakitangan dari AADK Cawangan Pasir Puteh telah berkunjung ke sekolah untuk memyampaikan ceramah berkaitan dengan najis dadah. Banyak perkara yang disentuh di dalam ceramah yang disampaikan. Antaranya ialah, kaitan dadah dengan rokok, apa itu dadah dan bahaya penyalahgunaannya, kesan dadah kepada individu dan masyarakat, hukuman kepada penagih dan pengedar dadah dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Selepas selesai ceramah diadakan pula pameran berkaitan anti dadah dari pihak berkenaan. Program ini amat berjaya memberikan input atau maklumat kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah dari terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah ini.

Pegawai AADK sdg m'yampaikan ceramah

persembahan multimedia

antara peralatan yang dipamerkan

pameran..

mudir & ust raja sedang tekun mengikuti ceramah

ust hafiz & ust wae sedang 'setting' LCD projektor :)

Saturday, April 17, 2010

TAMRIN PENGHAYATAN ISLAM

Ust Hafiz, sbg pengerusi majlis

semua berkain pelikat, mcm tok ayah. :)

Penceramah 1, Imam tua Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh

tekun mendengar ceramah, tapi ada juga yang tekun 'tidur' :(

Monday, April 12, 2010

GAMBAR SEMASA (II)

7 March - Syed Hikmatiar, pelajar ting. 3 telah terpilih menyertai Pertandingan Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri yang telah diadakan di Balai Islam, Lundang. Tapi sayangnya... gagal meraih sebarang pingat, cuba lagi :)

Sesi kelas pengajian Kitab Turath (kitab lama) yang di pimpin oleh Ust Raja Zakaria

Ustaz suruh hafal al quran, dia tidur pulak :)

Hj. Hasyim, Hj. Shamsuddin & Ketua Pengarah MARDI Kelantan sedang berbincang mengenai projek tanaman tamar yang akan diusahakan dalam kawasan sekolah

sebahagian pelajar baru, ting. 1/2010 bersama Ust Wan Adli

wajah baru kantin sekolah yang ceria

Suasana pembelajaran di dalam kelas ting. 4/2010. Turut kelihatan guru kesayangan mereka, Cikgu Ja

Hmm..alangkah 'daratnya' budak-budak ni. :)

27 Feb - majlis sambutan maulidurrasul peringkat asrama

10 Feb - Mesyuarat bersama Lembaga Pengarah Madinatul Ilmi, YB Zulkifli, Prof Johari, Hj Shamsuddin & YB Limbungan bertempat di perpustakaan sekolah

Sunday, April 11, 2010

SUKAN TAHUNAN



09, 10 & 11 March 2010

“BERSUKAN TUNTUTAN AGAMA”

Program sukan tahunan sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 9-10 March yang lepas. Ianya melibatkan penyertaan 4 buah rumah sukan, hijau, merah, kuning & biru. Berikut ialah tentatif penuh program tersebut :-


09 March

- Pelajar berkumpul di dalam khemah mengikut rumah sukan
- Taklimat perjalanan program
- Kata-kata aluan pengetua
- Ucapan perasmian oleh, Tuan Hj Shamsuddin Mat Daud, Ketua Pentadbir Madinatul Ilmi
- Perlawanan bolasepak
- Perlawanan badminton & pingpong


10 March

- perlawanan bolatampar
- acara larian 4X100 dan 2X100 meter
- perlawanan tarik tali


11 March

- perlawanan persahabatan sepaktakraw, guru dan pelajar
- perlawanan akhir bolasepak, rumah kuning & hijau
- taklimat ringkas penubuhan unit amal
- perasmian majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh YB Adun Limbungan



DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN OLEH BOMBA

01 APRIL 2010

Jentera Jabatan Bomba & Penyelamat Pasir Puteh

pelajar-pelajar tertarik dengan peralatan yang di tunjukkan

sesi taklimat di masjid yang di sampaikan oleh pegawai bomba


demonstrasi memadam kebakaran




Tuesday, April 6, 2010

GAMBAR SEMASA (I)

Majlis Ringkas perlantikan pengawas sekolah

Lawatan YBhg. Pengarah MARDI Kelantan untuk projek perintis tanaman tamar

suasana pembelajaran di dalam kelas

bergambar bersama slps kelas tahfiz

Monday, April 5, 2010

MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR


Kg. Wakaf, Pasir Puteh, 30 March 2010

Segala puji bagi Allah atas limpah hidayahNya, Sek Men Islam Madinatul Ilmi telah berjaya menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar, bertempat di Dewan Utama sekolah. Seramai 150 orang peserta telah memenuhi dewan tersebut, yang terdiri daripada pelajar dan ibubapa.

ust nazri sdg 'beraksi'

Program telah bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran telah disusuli dengan ucapan aluan pengetua, Ustaz Mohd Fadzilah Yusoff. Seterusnya ucapan perasmian Ketua Pentadbir sekolah, Hj Shamsuddin Mat Daud. Beliau antara lain menyentuh mengenai sejarah penubuhan sekolah yang telahpun berusia 25 tahun serta halatuju sekolah di masa hadapan.

bacaan al-quran drpd ketua pelajar, merdu bacaannya walaupun agak gementar :)

gelagat sebahagian pelajar

Seterusnya, Ust Mohd Nazri Mohd Nor memulakan ceramah dengan pembentangan yang bertenaga di bantu dengan persembahan slide multimedia. Rata-rata, pelajar dan ibu bapa memberikan perhatian mendalam kepada ceramah beliau. Manakala, bagi slot yang kedua pula, di isi oleh Ust Azariza Mohd Alawi dari Pejabat Halaqat Kota Bharu yang membawa kisah-kisah sahabat dan pemimpin Islam dahulukala agar remaja dapat jadikan mereka sebagai qudwah dan inspirasi dalam meniti kehidupan di dunia yang penuh dugaan untuk meraih redha Illahi.

Program tamat pada pukul 1.00 ptg dengan makan tengahari dan solat Zohor berjemaah.

ibubapa bersama anak masing2 untuk sesi terapi