Sunday, June 27, 2010

USRAH BULANAN 2/2010

Usrah maknanya keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.

Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ gerakan ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim. Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.

Kesimpulannya, usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.

Atas kesedaran inilah, maka usrah bulanan 2/2010 guru & kakitangan diadakan pada hari Sabtu, 26 Jun yang lepas bertempat di Sek. Men. Islam Madinatul Ilmi, Kg Wakaf, Pasir Puteh. Kali ini ianya dipimpin oleh YB Muhammad bin Husin, Ahli Parlimen Pasir Puteh. Seramai 20 orang ahli usrah telah hadir menyatakan komitmen terhadap program tersebut.

Gambar hiasan. Sebahagian dari teks usrah yg digunakan.

Saturday, June 19, 2010

KURSUS KECEMERLANGAN GURU


Khamis, 17 Jun 2010
Kota Bharu

Alhamdulillah.. Baru-baru ini pihak lembaga pengurusan Madinatul Ilmi telah berjaya menganjurkan Kursus Kecemerlangan Guru yang diadakan di Kota Bharu. Kesemua peserta yang hadir terdiri dari guru-guru sekolah rendah & menengah di bawah pengurusan Madinatul Ilmi.


Kursus berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran mengajar serta menjalankan aktiviti pendidikan yang berkaitan. Kursus sehari berkenaan telah dikendalikan oleh sepenuhnya oleh Dr Yaacob Yusoff, dari KIAS, Nilam Puri. Selamat maju jaya buat semua warga pendidik.



Tuesday, June 15, 2010

GAMBAR SEMASA (IV)

Sabtu, 29 Mei. Usrah guru-guru telah diadakan di Sek. Ren. Islam Madinatul Ilmi, Kenali, Kbg Kerian. Kelihatan beberapa org guru muslimat khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh naqib.

Sebahagian mualimin bergambar kenangan bersama Ketua Pentadbir & YB Dr Nik Mazian

Kerja-kerja pengubahsuian pejabat di Sekolah Menengah


pembinaan pondok jaga berhampiran pintu masuk

Wednesday, June 2, 2010

SELAMAT BERCUTI


Alhamdulillah.. Cuti sekolah datang lagi..kali ni agak panjang juga. Inilah masanya untuk merehatkan minda seketika selepas berhempas pulas pada sessi pembelajaran lalu. Baru-baru ini juga peperiksaan penggal kedua selesai dijalankan. Cikgu-cikgu pun semuanya sedang bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan pelajar. Semoga ada peningkatan. InsyAllah, lepas cuti nanti, keputusan sudah boleh dikeluarkan.

Kepada semua pelajar, kami warga kerja Sek. Men. Islam Madinatul Ilmi, Kg Wakaf mengucapkan selamat bercuti. Isikanlah masa di musim cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah. Dalam pada itu, keselamatan diri semasa bercuti MESTI dititik beratkan. Ini kerana mutaakhir ini banyak kes-kes jenayah berlaku. Oleh yang demikian, berwaspadalah sentiasa.

Jika tidak ada apa-apa aktiviti di rumah, ulangkaji pelajaran yang lalu dan juga yang akan kita pelajari apabila sekolah dibuka semula nanti. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan dengan apa yang dah pelajari di sekolah. Rajin-rajin membaca supaya banyak maklumat dapat diperolehi. Tambah-tambah lagi dunia sekarang semakin canggih. Sekali klik sahaja pelbagai maklumat datang. Gunakanlah teknologi yang ada sekarang ini untuk menambah pengetahuan anda.


Kepada guru-guru, selamat bercuti diucapkan. Walaupun kita bercuti, tapi tugas kita sebagai guru tetap berjalan seperti biasa. Mudah-mudahan selepas sekolah dibuka nanti, masing-masing melangkah semula ke sekolah dengan semangat baru, azam yang baru untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada anak bangsa.

Selamat bercuti kepada semua !!