Thursday, July 28, 2011

TAMAN ORGANIK TUNJUNG

25 Julai 2011 - Lawatan sambil belajar ke Taman Organik Tunjung, Kota Bharu

ketibaan rombongan

taklimat pembuatan baja organik daripada Puan Susilawati

baja Mol yang dihasilkan

Sunnah Tani Sdn Bhd..

Ceramah disampaikan oleh Pak Aep

belajar membuat baja organik

latihan amali solat dikendalikan oleh Pak Aep

Solat Zohor berjemaah


Saturday, July 16, 2011

KULIAH SEMARAK RAMADHAN 1432


backdrop..

Kuliah di sampaikan oleh Ust Tuan Syarifuddin, Pensyarah Pondok Moden

bacaan ayat2 suci al quran oleh ketua pelajar

antara hadirin yang hadir

Tuesday, April 19, 2011

KELEBIHAN SEORANG HAFIZ AL QURAN


1. MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w, daripada Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.

2. DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI

3. AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"

4. MENGHORMATI ORANG YG HAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH

5. HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA

6. MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT

7. DISAYANGI RASULULLAH S.A.W

8. DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w, Daripada Ali Bin Abi Thalib, berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."

9. PENGHAFAZ AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN

10. HAFAZ AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.

11. IBUBAPA PEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAK SEORANG HAFIZ

12. AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI DALAM SYURGA.



Saturday, March 26, 2011

Friday, March 25, 2011

MAKLUMAN..

1. PERTUKARAN BLOG ADDRESS

Makluman kepada semua bahawa, pihak kami telah melakukan perubahan 'blogspot address' daripada 'madina2ilmi-men.blogspot.com' kepada alamat baru 'madina2ilmi.blogspot.com'. Harap maklum !!

2. SISIPAN ;- Terowong Masa (time tunnel)

suatu masa di tahun 2007, kelihatan pelajar sedang mengikuti kelas tahfiz al quran

Program sukan tahunan MIKW tahun 2008

18 Okt 2008, majlis khatam al quran & penyampaian sijil pelajar cemerlang. Program berkenaan telah dirasmikan oleh ADUN Chetok, YB Ust Abd Halim b Abd Rahman. Turut hadir, Hj Shamsuddin Mat Daud bagi mewakili Lembaga Pengarah Madinatul Ilmi

Allahyarham Ust Wan Mohd Jamil, kembali ke rahmatullah pada 28 Feb 2009
Pengerusi Lembaga Pengarah Madinatul Ilmi


Thursday, March 24, 2011

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2011

Rabu–Khamis, 18–19 R/akhir 1432
23-24 Mac 2011

Temasya sukan tahunan Sek. Men. Islam Madinatul Ilmi telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Ianya melibatkan penyertaan keseluruhan pelajar, guru & kakitangan sokongan.

Program bermula pada pagi hari rabu, 23 Mac dengan sesi taklimat ringkas kepada pelajar yang di sampaikan oleh Pengarah Sukan MIKW, Ust Zakaria Nor. Seterusnya acara perlawanan bolasepak diantara rumah Saidina Umar (Kuning) dengan Rumah Saidina Abu Bakar (Hijau) yang berkesudahan dengan rumah kuning menewaskan rumah hijau 9-2.

Banyak lagi acara di langsungkan, antaranya badminton, sepaktakraw, bolatampar, boling padang & tariktali. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan temasya kali ini. Segala kelemahan dan kekurangan semasa menganjurkan temasya ini diharap dapat dijadikan iktibar di temasya akan datang.

perlawanan bolasepak

perlawanan pingpong di menangi oleh rumah kuning

hujan lebat mencurah2 semasa perlawanan sepaktakraw.

bersemangat betul ust hafiz, ust wae & abe mae bagi memastikan rumah hijau jadi johan dalam acara tarik tali. hehe

Ini bukan pasukan Liga Super Kelantan, tapi team bolasepak rumah saidina umar (rumah kuning). :)

Mudir MIKW turut 'mencemar duli' menyaksikan acara tarik tali. kemengan berpihak kpd rumah abu bakar (hijau)

majlis perasmian penutup oleh, YB ADUN Limbongan.
Turut hadir Ketua Pentadbir Madinatul Ilmi, Hj Shamsuddin Mat Daud

sebahagian atlit rumah kuning bersama guru

juara keseluruhan sukan MIKW 2011, rumah hijau


Thursday, March 17, 2011

KURSUS KECEMERLANGAN GURU 2011

HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU
Khamis, 12 R/akhir 1432 (17 Mac 2011)

Alhamdulillah, Segala pujian hanya milik Allah SWT yang mentadbir alam semesta. Selawat dan salam dicurahkan untuk Rasul tercinta beserta keluarga baginda.

Alhamdulillah, pihak pengurusan Madinatul Ilmi telah berjaya menganjurkan Kursus Kecemerlangan Guru 2011 yang telah diadakan di Dewan Kekwa, Hotel Raudah, Kota Bharu. Kursus ini telah melibatkan 2 buah sekolah dan seramai 20 orang guru di bawah pengurusan Madinatul Ilmi.

Program bermula dengan sesi pendaftaran jam 8.30 pagi, di ikuti ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah, Dato' Prof Dr. Johari Mat.

Slot pertama, para peserta di hidangkan dengan pembentangan kertas kerja dari Cikgu Mustafa Hj Salleh, pakar motivasi bebas merangkap Setiausaha Lembaga Pengarah MISB. Seterusnya, pembentangan kertas kerja oleh Cikgu Hj Yusoff, Pengerusi PIBG SRI Madinatul Ilmi, Kenali sebelum majlis berhenti rehat untuk makan tengahari & solat zohor berjemaah.

Jam 2.00 petang, peserta di sajikan pula dengan slot motivasi dari Ust Mansor, Mudir Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau yang mengupas mengenai 'CIRI-CIRI IDEAL SEORANG GURU'. Majlis berakhir tepat jam 4.30 petang.

Semoga menganjuran kursus guru ini mampu menyuntik semangat baru kedalam diri para pendidik. Sekalung penghargaan di hulurkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini...

''KECEMERLANGAN ITU LAHIR DARIPADA INSAN BIASA YANG MELAKUKAN KERJA SECARA LUARBIASA''