Thursday, August 19, 2010

EXAM WEEK


PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2010

PMRU - Khamis, 19 Ogos
PMR - Isnin, 23 Ogos
SMU - Khamis, 19 Ogos

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Warga sekolah mengambil peluang ini mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan bermula hari ini. Semoga anda semua dikurniakan ketenangan hati dan fikiran semasa menjawab soalan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Selamat menjalani peperiksaan. Semoga calon dapat menjawab dengan tenang. Buat sehabis baik. Buat 'mmolekk' :). Kami mendoakan kejayaan anda semua.Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah setelah anda berusaha sebaik mungkin.

InsyaAllah, kejayaan adalah milik anda.

sekadar gambar hiasan :)



Monday, August 16, 2010

TADARRUS AL QURAN


Assalamualaikum...
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas nabi junjungan, keluarga serta sahabat baginda.

Alhamdulillah, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, pihak sekolah dengan telah menganjurkan program Tadarrus Al-Quran. Program ini diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Ar Rahmaniah, Kg Wakaf.

Tadarrus ini bermula dua sesi, iaitu selepas Solat Asar dan Solat Terawikh setiap malam. Semoga amalan ini tidak diamalkan pada bulan ramadhan sahaja, tetapi menjadi rutin harian kita sepanjang masa. Allah telah menjamin bagi sesiapa yang membaca Al Qur’an dan mengamalkan isi kandungannya tidak akan tersesat di dunia dan tidak celaka di akhirat. Marilah kita mengambil peluang ini dengan menambah amal kebajikan khasnya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya" (HR :- al-Bukhari)

gambar hiasan

Tuesday, August 10, 2010

BEKWOH PULUT DURIAN :)


"Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat dan sedap rasanya. Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia yang mengutamakan buah-buahan import. Terdapat juga yang beranggapan bahawa buah-buahan tempatan hanya untuk penduduk kampung. Ini adalah kenyataan yang sama sekali tidak benar"

Tarikh : Khamis, 24 Syaaban 1431 (05 Ogos 2010)
Masa : 11.00 pagi – 1.00 ptg
Tempat : Kantin sekolah

Alhamdulillah, buat pertama kalinya baru-baru ini warga sekolah telah mengadakan jamuan pulut durian. Tujuan utama jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah di antara guru-guru dan pelajar disamping menggalakkan amalan bersedekah di bulan Syaaban. Sebanyak 3 guni besar buah durian, rambutan dan langsat telah di sediakan pada majlis berkenaan. Kesemua buah-buahan tersebut telah di sumbangkan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fadzilah, Mudir sekolah.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan mendapat keberkatan Allah.




Wednesday, August 4, 2010