Saturday, March 26, 2011
Friday, March 25, 2011
MAKLUMAN..
1. PERTUKARAN BLOG ADDRESS
Makluman kepada semua bahawa, pihak kami telah melakukan perubahan 'blogspot address' daripada 'madina2ilmi-men.blogspot.com' kepada alamat baru 'madina2ilmi.blogspot.com'. Harap maklum !!
2. SISIPAN ;- Terowong Masa (time tunnel)
suatu masa di tahun 2007, kelihatan pelajar sedang mengikuti kelas tahfiz al quran
Program sukan tahunan MIKW tahun 2008
18 Okt 2008, majlis khatam al quran & penyampaian sijil pelajar cemerlang. Program berkenaan telah dirasmikan oleh ADUN Chetok, YB Ust Abd Halim b Abd Rahman. Turut hadir, Hj Shamsuddin Mat Daud bagi mewakili Lembaga Pengarah Madinatul Ilmi

Allahyarham Ust Wan Mohd Jamil, kembali ke rahmatullah pada 28 Feb 2009
Pengerusi Lembaga Pengarah Madinatul Ilmi
Thursday, March 24, 2011
TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2011
Rabu–Khamis, 18–19 R/akhir 1432
23-24 Mac 2011
Temasya sukan tahunan Sek. Men. Islam Madinatul Ilmi telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Ianya melibatkan penyertaan keseluruhan pelajar, guru & kakitangan sokongan.
Program bermula pada pagi hari rabu, 23 Mac dengan sesi taklimat ringkas kepada pelajar yang di sampaikan oleh Pengarah Sukan MIKW, Ust Zakaria Nor. Seterusnya acara perlawanan bolasepak diantara rumah Saidina Umar (Kuning) dengan Rumah Saidina Abu Bakar (Hijau) yang berkesudahan dengan rumah kuning menewaskan rumah hijau 9-2.
Banyak lagi acara di langsungkan, antaranya badminton, sepaktakraw, bolatampar, boling padang & tariktali. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan temasya kali ini. Segala kelemahan dan kekurangan semasa menganjurkan temasya ini diharap dapat dijadikan iktibar di temasya akan datang.
bersemangat betul ust hafiz, ust wae & abe mae bagi memastikan rumah hijau jadi johan dalam acara tarik tali. hehe
Ini bukan pasukan Liga Super Kelantan, tapi team bolasepak rumah saidina umar (rumah kuning). :)
Mudir MIKW turut 'mencemar duli' menyaksikan acara tarik tali. kemengan berpihak kpd rumah abu bakar (hijau)
majlis perasmian penutup oleh, YB ADUN Limbongan.
Turut hadir Ketua Pentadbir Madinatul Ilmi, Hj Shamsuddin Mat Daud
sebahagian atlit rumah kuning bersama guru
Thursday, March 17, 2011
KURSUS KECEMERLANGAN GURU 2011
HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU
Khamis, 12 R/akhir 1432 (17 Mac 2011)
Alhamdulillah, Segala pujian hanya milik Allah SWT yang mentadbir alam semesta. Selawat dan salam dicurahkan untuk Rasul tercinta beserta keluarga baginda.
Alhamdulillah, pihak pengurusan Madinatul Ilmi telah berjaya menganjurkan Kursus Kecemerlangan Guru 2011 yang telah diadakan di Dewan Kekwa, Hotel Raudah, Kota Bharu. Kursus ini telah melibatkan 2 buah sekolah dan seramai 20 orang guru di bawah pengurusan Madinatul Ilmi.
Program bermula dengan sesi pendaftaran jam 8.30 pagi, di ikuti ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah, Dato' Prof Dr. Johari Mat.
Slot pertama, para peserta di hidangkan dengan pembentangan kertas kerja dari Cikgu Mustafa Hj Salleh, pakar motivasi bebas merangkap Setiausaha Lembaga Pengarah MISB. Seterusnya, pembentangan kertas kerja oleh Cikgu Hj Yusoff, Pengerusi PIBG SRI Madinatul Ilmi, Kenali sebelum majlis berhenti rehat untuk makan tengahari & solat zohor berjemaah.
Jam 2.00 petang, peserta di sajikan pula dengan slot motivasi dari Ust Mansor, Mudir Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau yang mengupas mengenai 'CIRI-CIRI IDEAL SEORANG GURU'. Majlis berakhir tepat jam 4.30 petang.
Semoga menganjuran kursus guru ini mampu menyuntik semangat baru kedalam diri para pendidik. Sekalung penghargaan di hulurkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini...
''KECEMERLANGAN ITU LAHIR DARIPADA INSAN BIASA YANG MELAKUKAN KERJA SECARA LUARBIASA''
Tuesday, March 15, 2011
PERMOHONAN DI PELAWA ..
Assalamualaikum.
Pihak kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Sek. Men. Islam Madinatul Ilmi, Kg Wakaf, Pasir Puteh.
Jawatan :- GURU TAHFIZ/WARDEN ASRAMA
Kelayakan :-
* Diploma/ijazah tahfiz atau setaraf dengannya
* Komited dan benar-benar berminat dalam bidang perguruan
* Berperibadi muslim & ikhlas dalam menjalankan tugas
* Bertanggungjawab, jujur & amanah
* Calon yang berpengalaman mengajar adalah digalakkan
Calon yang berminat, sila hadir ke sekolah bersama 'resume' & salinan sijil. (waktu pejabat sahaja)
SEK. MEN. ISLAM MADINATUL ILMI
Kg. Wakaf, 16800, Pasir Puteh
KELANTAN
atau hubungi :- Pengetua, Ust Mat Bukhari (019-9864512) Pejabat (09-7529046)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :- 30 MAC 2011

Friday, March 11, 2011
MUSIM PEPERIKSAAN KEMBALI LAGI
UJIAN PENGESANAN BULAN MAC 2011
Ujian Pengesanan Bulan Mac 2011 telahpun bermula pada 6 – 10 Mac 2011 baru-baru ini.
Semua pelajar dan guru terlibat dalam sesi ujian kali ini. Ianya bertujuan untuk mengukur pencapaian dan juga prestasi pelajar di awal tahun sesi pengajian.
Kepada semua pelajar di ucapkan selamat berjaya.
gambar hiasan
Sunday, March 6, 2011
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Jumaat, 27 R/awwal 1432 (04 Mac 2011)
Alhamdulillah, baru-baru ini pihak sekolah dengan kerjasama J/Kuasa Masjid Ar Rahmah, Kg Wakaf, Pasir Puteh telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan jayanya.
Walaupun tanpa perarakan sebagaimana lazim di tempat-tempat lain, program berkenaan tetap meriah dengan aktiviti gotong royong membersih kawasan masjid dan sekolah serta ceramah perdana yang di sampaikan oleh Tuan Qadhi Jajahan P Puteh. Seramai 200 orang masyarakat sekitar telah hadir. Turut sama memeriahkan majlis ialah ADUN Limbungan, YB Drs Zainuddin Awang Hamat.
ATURCARA MAJLIS
7.30 malam - Solat Maghrib berjemaah, tahlil dan zikir munajat
7.45 mlm - Ceramah Perdana, Ust Osman b. Ibrahim, Ketua Agama Jajahan P Puteh
9.30 malam - Solat Isya’ berjemaah, bacaan selawat nabi, makan malam (nasi gulai kawah), majlis bersurai
Subscribe to:
Posts (Atom)
