Thursday, March 17, 2011

KURSUS KECEMERLANGAN GURU 2011

HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU
Khamis, 12 R/akhir 1432 (17 Mac 2011)

Alhamdulillah, Segala pujian hanya milik Allah SWT yang mentadbir alam semesta. Selawat dan salam dicurahkan untuk Rasul tercinta beserta keluarga baginda.

Alhamdulillah, pihak pengurusan Madinatul Ilmi telah berjaya menganjurkan Kursus Kecemerlangan Guru 2011 yang telah diadakan di Dewan Kekwa, Hotel Raudah, Kota Bharu. Kursus ini telah melibatkan 2 buah sekolah dan seramai 20 orang guru di bawah pengurusan Madinatul Ilmi.

Program bermula dengan sesi pendaftaran jam 8.30 pagi, di ikuti ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah, Dato' Prof Dr. Johari Mat.

Slot pertama, para peserta di hidangkan dengan pembentangan kertas kerja dari Cikgu Mustafa Hj Salleh, pakar motivasi bebas merangkap Setiausaha Lembaga Pengarah MISB. Seterusnya, pembentangan kertas kerja oleh Cikgu Hj Yusoff, Pengerusi PIBG SRI Madinatul Ilmi, Kenali sebelum majlis berhenti rehat untuk makan tengahari & solat zohor berjemaah.

Jam 2.00 petang, peserta di sajikan pula dengan slot motivasi dari Ust Mansor, Mudir Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau yang mengupas mengenai 'CIRI-CIRI IDEAL SEORANG GURU'. Majlis berakhir tepat jam 4.30 petang.

Semoga menganjuran kursus guru ini mampu menyuntik semangat baru kedalam diri para pendidik. Sekalung penghargaan di hulurkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini...

''KECEMERLANGAN ITU LAHIR DARIPADA INSAN BIASA YANG MELAKUKAN KERJA SECARA LUARBIASA''




No comments:

Post a Comment