Tuesday, December 21, 2010

FACEBOOK & PROMOSI

Temui kami di Facebook


Sepanduk promosi kemasukan pelajar sesi pengajian 2011

Wednesday, December 1, 2010

GAMBAR2 SEKITAR PROGRAM

KEM PENGAJIAN MUSIM CUTI
(DAURAH MUKHATSAFAH 2010)

acara merentas desa
menunggu cukupnya 'korum' utk solat tahajjud
menara manusia. time mandi sungai
suasana dalam kelas pengajian akedemik
hari terakhir di sekolah. suma nak balik dah.
fuhhh mcm pusat pemindahan banjir je
practical cara2 wudhu' dgn sempurna
yang ni sesi acara junggle tracking pulak
nasi goreng tmyam. johan prtandingan memasak
macam nasi 'ambang' dari jawa je. hehee.
masak nasi, jgn bagi hangit ya...
sesi pembahagian kumpulan
salah satu slot semasa sesi ta'aruf (bukan tidur ya..)
kelas pengajian agama
sesi LDK yang di kendalikan oleh salah seorang fasilatator
senam aerobik di awal pagi


Wednesday, October 20, 2010

KEM PENGAJIAN MUSIM CUTI SEKOLAH

(DAURAH MUKHATHAFAH)

Assalamualaikum..

Pihak pengurusan sekolah & guru-guru mempersilakan Tuan/Puan untuk memenuhi musim cuti sekolah anak-anak dengan mendaftarkan mereka dalam Program Kem Pengajian Daurah Mukhathafah 2010 di Sek Men Islam Madinatul Ilmi, Pasir Puteh.

Program ini akan bermula dari 21 Nov - 21 Dec 2010 yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru Madinatul Ilmi & beberapa orang penceramah jemputan. Disamping mendalami ilmu agama, pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan kelas Akademik, amali solat, fardhu ain, kelas tahfiz dan sebagainya.

KELAS AL QURAN
membaiki, memantapkan bcaan, menghafaz, kelas tajwid & kelas nazirah (iqra')

KELAS BAHASA
bahasa melayu, bahasa arab, bahasa inggeris, nahu & sorof

FARDHU AIN
bengkel & praktikal solat, pengurusan jenazah, solat jenazah, kelas tajwid & khat

KEPIMPINAN
bengkel pengucapan awam, pertandingan syarahan & pidato

SUKAN & RIADAH
bolasepak, pingpong, badminton

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
berasrama sepenuhnya, dewan, kantin, masjid, dobi & pengangkutan (jika perlu)

Yuran penyertaan hanya : RM 250/= sahaja
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :- pejabat (09-7529046), cikgu puan arniza (013-4161588)

Tempat terhad !

Friday, October 15, 2010

PENDAFTARAN 2010

Pengambilan pelajar baru sesi 2010 sudah di buka sekarang.

Calon-calon yang berminat untuk mengikuti pengajian di Madinatul Ilmi samada di peringkat rendah atau menengah bolehlah mengemukakan permohonan mulai sekarang. Bagi sekolah rendah, tiada syarat khas yang di tetapkan, manakala bagi sekolah menengah, syarat-syarat kemasukan adalah sebagaimana berikut :

1. Perolehi sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR
2. Pelajar lelaki sahaja.
3. Boleh membaca al Quran dan jawi dengan baik.
4. Lulus temuduga khas yang akan diadakan.
5. Berminat untuk menghafaz al Quran.

Untuk maklumat lanjut, Ibubapa boleh menghubungi pihak sekolah di talian 09-7529046 (menengah) 09-7654373 (rendah) ataupun dengan menghantar e-mel yang dilampirkan bersama biodata peribadi pelajar, alamat, no. telefon dan keputusan UPSR ke alamat :- dppkk1@gmail.com untuk pendaftaran awal. Tempat adalah TERHAD.

Friday, October 1, 2010

JAWATAN KOSONG


Assalamualaikum..

Pihak kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Sek. Ren. Islam Madinatul Ilmi, Kubang Kerian dan Sek. Men. Islam Madinatul Ilmi, Pasir Puteh.

Jawatan :- GURU TAHFIZ, GURU AKADEMIK

Kelayakan :-

* Diploma/ijazah dari IPTA/IPTS
* Komited dan benar-benar berminat dalam bidang perguruan
* Keutamaan - boleh mengajar B. Inggeris, Sains & Matematik
* Guru Tahfiz - lepasan timur tengah di galakkan.
* Berperibadi muslim & ikhlas dalam menjalankan tugas
* Bertanggungjawab, jujur & amanah
* Calon yang berpengalaman mengajar adalah digalakkan


Calon yang berminat sila hantar resume ke alamat :-

Ketua Pentadbir
Madinatul Ilmi Sdn Bhd
Ting. 1, Bangunan PAS Kelantan,
Jalan Dato' Pati, 15200, KOTA BHARU

atau hubungi :- Tuan Hj Shamsuddin 013-9847262

Tarikh tutup permohonan :- 15 Nov 2010

Thursday, September 30, 2010

SELAMAT BERJAYA

ASSALAMUALAIKUM..

Buat semua calon PMR 2010, kami warga sekolah mendoakan semoga calon-calon PMR pada tahun ini mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan diduduki pada Isnin, 04 Oktober 2010 hingga 11 Oktober 2010 nanti.

Semoga segala ilmu yang dicurahkan berguna sebagai panduan untuk para calon. Semoga berjaya. Buat yang terbaik untuk masa depan anda

Wednesday, September 15, 2010

MEMORI DI BULAN RAMADHAN


bersahur..

kelas tazkirah sementara menanti waktu berbuka puasa

pelajar berterawikh brsama masyarakat setempat di bulan ramadhan baru-baru ini

menikmati hidangan 'moreh' setelah selesai aktiviti tadarrus al quran

taddarrus al quran

tiga sekawan..

Friday, September 10, 2010

SALAM EID MUBARAK


=====SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA BUAT SEMUA WARGA SEKOLAH=====

===== MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN ======

Thursday, August 19, 2010

EXAM WEEK


PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2010

PMRU - Khamis, 19 Ogos
PMR - Isnin, 23 Ogos
SMU - Khamis, 19 Ogos

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Warga sekolah mengambil peluang ini mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan bermula hari ini. Semoga anda semua dikurniakan ketenangan hati dan fikiran semasa menjawab soalan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Selamat menjalani peperiksaan. Semoga calon dapat menjawab dengan tenang. Buat sehabis baik. Buat 'mmolekk' :). Kami mendoakan kejayaan anda semua.Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah setelah anda berusaha sebaik mungkin.

InsyaAllah, kejayaan adalah milik anda.

sekadar gambar hiasan :)



Monday, August 16, 2010

TADARRUS AL QURAN


Assalamualaikum...
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas nabi junjungan, keluarga serta sahabat baginda.

Alhamdulillah, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, pihak sekolah dengan telah menganjurkan program Tadarrus Al-Quran. Program ini diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Ar Rahmaniah, Kg Wakaf.

Tadarrus ini bermula dua sesi, iaitu selepas Solat Asar dan Solat Terawikh setiap malam. Semoga amalan ini tidak diamalkan pada bulan ramadhan sahaja, tetapi menjadi rutin harian kita sepanjang masa. Allah telah menjamin bagi sesiapa yang membaca Al Qur’an dan mengamalkan isi kandungannya tidak akan tersesat di dunia dan tidak celaka di akhirat. Marilah kita mengambil peluang ini dengan menambah amal kebajikan khasnya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya" (HR :- al-Bukhari)

gambar hiasan

Tuesday, August 10, 2010

BEKWOH PULUT DURIAN :)


"Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat dan sedap rasanya. Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia yang mengutamakan buah-buahan import. Terdapat juga yang beranggapan bahawa buah-buahan tempatan hanya untuk penduduk kampung. Ini adalah kenyataan yang sama sekali tidak benar"

Tarikh : Khamis, 24 Syaaban 1431 (05 Ogos 2010)
Masa : 11.00 pagi – 1.00 ptg
Tempat : Kantin sekolah

Alhamdulillah, buat pertama kalinya baru-baru ini warga sekolah telah mengadakan jamuan pulut durian. Tujuan utama jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah di antara guru-guru dan pelajar disamping menggalakkan amalan bersedekah di bulan Syaaban. Sebanyak 3 guni besar buah durian, rambutan dan langsat telah di sediakan pada majlis berkenaan. Kesemua buah-buahan tersebut telah di sumbangkan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fadzilah, Mudir sekolah.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan mendapat keberkatan Allah.




Wednesday, August 4, 2010

Sunday, July 18, 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' & MIKRAJ



Jumaat, 09 Julai 2010
Masjid Ar Rahmaniah, Kg Wakaf

Ahli Jawatankuasa Surau Ar Rahmaniah dengan kerjasama ADUN Limbungan dan Sek Men Islam Madinatul Ilmi baru-baru ini telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj bertempat di Surau Ar Rahmaniah. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan surau berkenaan yang diadakan selepas Program Titian Ukhuwah yang diadakan pada bulan April lepas.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah ADUN Limbungan, YB Drs. Zainuddin Awang Hamat yang turut menyampaikan ceramah ringkas.

Majlis bermula jam 5.00 petang dengan jamuan nasi gulai kawah yang di hadiri masyarakat setempat di ikuti dengan Solat Maghrib berjemaah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah khas Isra' & Mikraj yang disampaikan oleh penceramah undangan : Al Fadhil Ustaz Hamid Derani. Majlis berakhir jam 10.00 malam dengan Solat Isya' berjemaah dan jamuan ringan.

PERISTIWA ISRA' & MIKRAJ

Ianya bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah.

Wallahua'lam. Wasallam


Thursday, July 1, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU..


Assalamualaikum..

YB Pengarah, Ahli - Ahli Lembaga Pengarah MISB, Pengetua, guru-guru dan kakitangan Sek Men Islam Madinatul Ilmi, Kg Wakaf, Pasir Puteh mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada guru tahfiz kami, Ust Mohd Rois Abd Ghani yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama isteri tercinta, Norhasibas bt Abd Hamid pada 26 Jun 2010 baru-baru ini.


Harapan kami semoga pasangan ini akan hidup bahagia, kekal hingga ke akhir hayat di samping memberikan satu semangat baru kepada beliau selepas menempuhi alam berumahtangga.

Sekalung TAHNIAH dari kami

Sunday, June 27, 2010

USRAH BULANAN 2/2010

Usrah maknanya keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.

Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ gerakan ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim. Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.

Kesimpulannya, usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.

Atas kesedaran inilah, maka usrah bulanan 2/2010 guru & kakitangan diadakan pada hari Sabtu, 26 Jun yang lepas bertempat di Sek. Men. Islam Madinatul Ilmi, Kg Wakaf, Pasir Puteh. Kali ini ianya dipimpin oleh YB Muhammad bin Husin, Ahli Parlimen Pasir Puteh. Seramai 20 orang ahli usrah telah hadir menyatakan komitmen terhadap program tersebut.

Gambar hiasan. Sebahagian dari teks usrah yg digunakan.

Saturday, June 19, 2010

KURSUS KECEMERLANGAN GURU


Khamis, 17 Jun 2010
Kota Bharu

Alhamdulillah.. Baru-baru ini pihak lembaga pengurusan Madinatul Ilmi telah berjaya menganjurkan Kursus Kecemerlangan Guru yang diadakan di Kota Bharu. Kesemua peserta yang hadir terdiri dari guru-guru sekolah rendah & menengah di bawah pengurusan Madinatul Ilmi.


Kursus berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran mengajar serta menjalankan aktiviti pendidikan yang berkaitan. Kursus sehari berkenaan telah dikendalikan oleh sepenuhnya oleh Dr Yaacob Yusoff, dari KIAS, Nilam Puri. Selamat maju jaya buat semua warga pendidik.



Tuesday, June 15, 2010

GAMBAR SEMASA (IV)

Sabtu, 29 Mei. Usrah guru-guru telah diadakan di Sek. Ren. Islam Madinatul Ilmi, Kenali, Kbg Kerian. Kelihatan beberapa org guru muslimat khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh naqib.

Sebahagian mualimin bergambar kenangan bersama Ketua Pentadbir & YB Dr Nik Mazian

Kerja-kerja pengubahsuian pejabat di Sekolah Menengah


pembinaan pondok jaga berhampiran pintu masuk

Wednesday, June 2, 2010

SELAMAT BERCUTI


Alhamdulillah.. Cuti sekolah datang lagi..kali ni agak panjang juga. Inilah masanya untuk merehatkan minda seketika selepas berhempas pulas pada sessi pembelajaran lalu. Baru-baru ini juga peperiksaan penggal kedua selesai dijalankan. Cikgu-cikgu pun semuanya sedang bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan pelajar. Semoga ada peningkatan. InsyAllah, lepas cuti nanti, keputusan sudah boleh dikeluarkan.

Kepada semua pelajar, kami warga kerja Sek. Men. Islam Madinatul Ilmi, Kg Wakaf mengucapkan selamat bercuti. Isikanlah masa di musim cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah. Dalam pada itu, keselamatan diri semasa bercuti MESTI dititik beratkan. Ini kerana mutaakhir ini banyak kes-kes jenayah berlaku. Oleh yang demikian, berwaspadalah sentiasa.

Jika tidak ada apa-apa aktiviti di rumah, ulangkaji pelajaran yang lalu dan juga yang akan kita pelajari apabila sekolah dibuka semula nanti. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan dengan apa yang dah pelajari di sekolah. Rajin-rajin membaca supaya banyak maklumat dapat diperolehi. Tambah-tambah lagi dunia sekarang semakin canggih. Sekali klik sahaja pelbagai maklumat datang. Gunakanlah teknologi yang ada sekarang ini untuk menambah pengetahuan anda.


Kepada guru-guru, selamat bercuti diucapkan. Walaupun kita bercuti, tapi tugas kita sebagai guru tetap berjalan seperti biasa. Mudah-mudahan selepas sekolah dibuka nanti, masing-masing melangkah semula ke sekolah dengan semangat baru, azam yang baru untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada anak bangsa.

Selamat bercuti kepada semua !!

Monday, May 31, 2010

LADANG TAMAR DI SEKOLAH

(Bakal jadi kenyataan)

Bila berbicara tentang tanaman pokok kurma atau tamar, kita akan terbayang pokoknya yang banyak ditanam di Padang pasir, bercuara panas dan kering. Tetapi, tahukah kita bahawa, tamar juga boleh hidup dan berbuah di beberapa tempat sejuk yang lain. Tetapi telah sinonim dengan kita bahawa pokok kurma tumbuh di padang pasir yang panas dan kering.

Berdasarkan keterangan diatas, negara kita yang kedudukannya di Asia Tenggara dan ditengah tengah antara panas dan sejuk, kenapa tidak ada yang terfikir mencari jalan dan kaedah untuk membolehkan pokok kurma tumbuh dan berbuah di sini. Sedangkan kita tahu bahawa pokok kurma adalah sama spesis dengan pokok kelapa sawit. kelapa dan juga salak. Boleh hidup dengan suburnya tetapi agak sukar berbuah.

Bertitik tolak dari sini, berbagai cara dan kaedah penyelidikan telah dilakukan oleh MARDI dan lain-lain agensi pertanian bagi memperbaiki mutu biji benih ini. InsyaAllah, sedikit masa lagi, projek perintis ini akan jadi kenyataan di sini.

lawatan ahli lembaga pengarah DAMAI Sdn Bhd pada 31 Mei lepas. DAMAI adalah anak syarikat PKINK yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus ladang tamar yang bakal di usahakan di sekolah ini.






Monday, May 24, 2010

PANDUAN MENGHAFAZ AL QURAN


Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan benar. Oleh kerana ianya yang terakhir, maka ia lebih lengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaznya.

Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat.

Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa arab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru, orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran daripada hilang.

Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukan bermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsur menghafaz. Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati. Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang. Yang telah lekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang. Caranya ialah juga dengan selalu mengulang-ulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca itu tidak dapat dilakukan kecuali dengan memahami maknanya. Dan ini juga merupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian.

Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip-prinsip matematik atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu, menghafaz Al-Quran adalah ibadat. Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan. Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara menghafaz, elok jika kita perhatikan dahulu tentang kelebihan membaca dan menghafaz Al-Quran.

Firman Allah yg bermaksud :- Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar. - Surah Al-Isra 9.

FimanNya lagi :- Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa (pahala yang bekekalan), nescaya Allah akan menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat bersyukur. - Surah Fatir 29-30.

Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Malah, lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah.

Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh" Hadis riwayat Tarmizi.

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada Al-Quran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya.

Di bawah ini dipeturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran

Bagi guru, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.

Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz. Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.

A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran.

Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah:

1. Bersuci dan berwuduk
2. Memakai pakaian yang bersih
3. Berada di tempat yang bersih dan sunyi
4. Mengadap kiblat
5. Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah dan rasulNya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan.

B. Teknik menghafaz Al-Quran

1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan tartil.
2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat.
4. Ulang-ulangkan beberapa kali hingga betul-betul lancar.
5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpa melihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat mushaf dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat mushaf.
6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya dan lakukan seperti langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf, melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.
8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.
9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di dalam solat.
10. Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.

Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan semua. Wallahua'lam

Sunday, May 16, 2010

GAMBAR SEMASA (III)


Suasana baru di pejabat sekolah. Lebih kemas & teratur.

Kawasan lapang di sebelah belakang sekolah yang akan dijadikan tapak projek perintis tanaman tamar sedikit masa lagi.

Pohon pinang kelihatan segar selepas di basahi hujan awal pagi tadi.

Seorang pelajar Madinatul Ilmi sedang khusyuk Solat Sunat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu pada hari Jumaat yang lalu, semoga jadi ikutan pelajar yang lain.

Sejajar dan sebaris, menyejukkan mata memandang.




Ust Raja Zakaria berdiri di hadapan bilik Pengetua yang baru diubahsuai 2 minggu lepas.


Kerja-kerja penanaman pohon pinang selesai minggu lepas, penat lelah dikongsi bersama dengan pelajar