Wednesday, June 2, 2010

SELAMAT BERCUTI


Alhamdulillah.. Cuti sekolah datang lagi..kali ni agak panjang juga. Inilah masanya untuk merehatkan minda seketika selepas berhempas pulas pada sessi pembelajaran lalu. Baru-baru ini juga peperiksaan penggal kedua selesai dijalankan. Cikgu-cikgu pun semuanya sedang bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan pelajar. Semoga ada peningkatan. InsyAllah, lepas cuti nanti, keputusan sudah boleh dikeluarkan.

Kepada semua pelajar, kami warga kerja Sek. Men. Islam Madinatul Ilmi, Kg Wakaf mengucapkan selamat bercuti. Isikanlah masa di musim cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah. Dalam pada itu, keselamatan diri semasa bercuti MESTI dititik beratkan. Ini kerana mutaakhir ini banyak kes-kes jenayah berlaku. Oleh yang demikian, berwaspadalah sentiasa.

Jika tidak ada apa-apa aktiviti di rumah, ulangkaji pelajaran yang lalu dan juga yang akan kita pelajari apabila sekolah dibuka semula nanti. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan dengan apa yang dah pelajari di sekolah. Rajin-rajin membaca supaya banyak maklumat dapat diperolehi. Tambah-tambah lagi dunia sekarang semakin canggih. Sekali klik sahaja pelbagai maklumat datang. Gunakanlah teknologi yang ada sekarang ini untuk menambah pengetahuan anda.


Kepada guru-guru, selamat bercuti diucapkan. Walaupun kita bercuti, tapi tugas kita sebagai guru tetap berjalan seperti biasa. Mudah-mudahan selepas sekolah dibuka nanti, masing-masing melangkah semula ke sekolah dengan semangat baru, azam yang baru untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada anak bangsa.

Selamat bercuti kepada semua !!

No comments:

Post a Comment