Jumaat, 09 Julai 2010
Masjid Ar Rahmaniah, Kg Wakaf
Ahli Jawatankuasa Surau Ar Rahmaniah dengan kerjasama ADUN Limbungan dan Sek Men Islam Madinatul Ilmi baru-baru ini telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj bertempat di Surau Ar Rahmaniah. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan surau berkenaan yang diadakan selepas Program Titian Ukhuwah yang diadakan pada bulan April lepas.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah ADUN Limbungan, YB Drs. Zainuddin Awang Hamat yang turut menyampaikan ceramah ringkas.
Majlis bermula jam 5.00 petang dengan jamuan nasi gulai kawah yang di hadiri masyarakat setempat di ikuti dengan Solat Maghrib berjemaah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah khas Isra' & Mikraj yang disampaikan oleh penceramah undangan : Al Fadhil Ustaz Hamid Derani. Majlis berakhir jam 10.00 malam dengan Solat Isya' berjemaah dan jamuan ringan.
PERISTIWA ISRA' & MIKRAJ
Ianya bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah.
Wallahua'lam. Wasallam
No comments:
Post a Comment