AHAD
18 APRIL 2010
Satu ceramah dan pameran dari Agensi Anti Dadah telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Seramai 7 orang kakitangan dari AADK Cawangan Pasir Puteh telah berkunjung ke sekolah untuk memyampaikan ceramah berkaitan dengan najis dadah. Banyak perkara yang disentuh di dalam ceramah yang disampaikan. Antaranya ialah, kaitan dadah dengan rokok, apa itu dadah dan bahaya penyalahgunaannya, kesan dadah kepada individu dan masyarakat, hukuman kepada penagih dan pengedar dadah dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Selepas selesai ceramah diadakan pula pameran berkaitan anti dadah dari pihak berkenaan. Program ini amat berjaya memberikan input atau maklumat kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah dari terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah ini.
Pegawai AADK sdg m'yampaikan ceramah
persembahan multimedia
antara peralatan yang dipamerkan
No comments:
Post a Comment